Bengkel ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) On Cooperative Research: SAIs In ASEAN Moving Forward To Digital Organisation
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) selaku Pengerusi ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC), telah menyampaikan ucapan pembukaan menerusi rakaman video semasa ASEANSAI Knowledge Sharing Workshop on "Cooperative Research on SAI in ASEAN: Moving Forward to Digital Organisation" yang telah berlangsung di Ayutthaya, Thailand pada 15 hingga 17 Disember 2025.
Bengkel ini merupakan salah satu program di bawah ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) yang dipengerusikan oleh Malaysia, dan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh keupayaan Institusi Audit Tertinggi di rantau ASEAN melalui pendekatan yang strategik.
Penyertaan 13 wakil daripada Institusi Audit Tertinggi di rantau ASEAN turut memperkukuh kolaborasi serta pertukaran pandangan secara bermakna.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN menekankan bahawa sesi penyelidikan ini bukan sekadar bersifat teknikal, malah merupakan satu inisiatif strategik untuk membina Institusi Audit Tertinggi di rantau ASEAN yang lebih inovatif, berakauntabiliti dan diyakini, selaras dengan tuntutan serta cabaran era digital yang semakin kompleks.

