Mesyuarat Jawatankuasa Latihan (JKL) dan Jawatankuasa Akaun Amanah Bagi Latihan Kepakaran Dan Penyelidikan (JK AALKP)
Bilangan 2 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan (JKL) dan Jawatankuasa Akaun Amanah Bagi Latihan Kepakaran Dan Penyelidikan (JK AALKP) Bilangan 2 Tahun 2025 pada 18 Disember 2025 di Putrajaya.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan hal ehwal pengurusan dan pelaksanaan program latihan yang dilaksanakan oleh Akademi Audit Negara selaku pusat latihan di bawah Jabatan Audit Negara bagi meningkatkan kompetensi dan pembangunan kapasiti bukan sahaja bagi warga audit tetapi termasuk juga penjawat awam lain.
Sepanjang 20 tahun sejak penubuhannya pada 24 September 2005, AAN telah memainkan peranan signifikan sebagai institusi latihan dalam memperkasa profesionalisme dan kompetensi juruaudit awam sehingga menerima pengiktirafan sebagai pusat latihan bertaraf Asian Organization of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Training Centre.
Manakala Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Bagi Latihan Kepakaran Dan Penyelidikan (JK AALKP) pula membincangkan status terkini Akaun Amanah AAN serta perkara-perkara pentadbiran berkaitan dengan terimaan dan bayaran Akaun Amanah bagi tahun semasa serta perancangan bagi tahun 2026.
Kedua-dua Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.





