Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 Dan Mesyuarat Berkaitan Pengauditan Syarikat di Bawah Kawal Selia PR1MA Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah diadakan pada 18 Disember 2025 di Putrajaya.
Delegasi PR1MA diketuai oleh Ts. Brian Iskandar bin Zulkarim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
Turut hadir YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); serta wakil dari Kementerian Kewangan, Puan Nor Aida binti A Aziz, Bahagian Pelaburan Strategik dan Puan Rismahaslily binti Idris, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun.
Enam syarikat subsidiari PR1MA yang hadir dan menerima surat perakuan Ketua Audit Negara mengenai hasil pengauditan e-SelfAudit adalah PR1MA Communications Sdn. Bhd., PR1MA Facilities Management Sdn. Bhd., PR1MA Development Sdn. Bhd., PR1MA Seremban Sentral Sdn. Bhd., PR1MA Asset Management Sdn. Bhd. dan PR1MA Project Management Sdn. Bhd.
Hadir sekali dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Kewangan dan Puan Noor Rita binti Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit.





