Mesyuarat Penutup Pengauditan Program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara telah diadakan pada 16 Disember 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Hairil Yahri bin Yaacob, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi; dan Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta pegawai dari Kementerian/ Agensi/ Syarikat Kerajaan terlibat.
Turut hadir Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).





