Lawatan Ketua Audit Negara ke Madinah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Susulan lawatan kerja ke Mekah, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah meneruskan lawatan kerja rasmi di Madinah meliputi aset pajakan milik LTH di Madinah yang akan digunakan semasa Musim Haji 2026M/1447H.
Ketibaan Ketua Audit Negara di Madinah telah disambut oleh Mr Faisal bin Ahmad Moid Al-Maliki, Director-General, General Court of Audit (Madinah Region), Arab Saudi.
YBhg Dato' Seri Wan Suraya merupakan Tetamu Kehormat dalam Perhimpunan Agung Arab Organisation of Supreme Audit Institutions (ARABOSAI) ke-15 atas jemputan General Court of Audit, Arab Saudi.
Di Madinah, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya mengadakan sesi libat urus bersama pasukan LTH, diikuti lawatan ke hotel-hotel pajakan LTH bagi jemaah haji Malaysia, iaitu Emaar Royal, Emaar Elite Al Madinah dan Movenpick Anwar Al Madinah.
Turut hadir bersama adalah Puan Norliza Md, Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Encik Roslan Sharif, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Arab Saudi.
Manakala delegasi LTH diwakili oleh Ketua Pejabat Konsul Haji, Tuan Haji Radin Adi Hilmi dan Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan LTH, Tuan Haji Shamsul Bahar.
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya seterusnya berbesar hati menerima jemputan khas pihak GCA untuk mengunjungi The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization bersebelahan Masjid Nabawi. Beliau disambut oleh Dr. Yahya Attia Al-Kinani, General Manager, The International Fair and Museum.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







