Misi Bantuan Bencana Banjir Skuad Ihsan MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Pahang
![]() |
![]() |
![]() |
Skuad Ihsan MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Pahang telah melaksanakan misi bantuan bencana pada 4 Disember 2025 di kediaman Puan Roziyani binti Awang, Pembantu Tadbir (P/O), yang terjejas akibat banjir di Kuantan.
Seramai tujuh belas (17) anggota Skuad Ihsan terlibat dalam usaha kerja-kerja pembersihan tersebut. Pengarah Audit Negara Negeri Pahang, Encik Anuwar Asmuni, turut hadir menyampaikan sumbangan berupa barangan asas makanan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Skuad Ihsan MADANI JAN dalam menyantuni masyarakat dan warga jabatan, di samping memperkukuh ukhuwah serta kesiapsiagaan warga JAN dalam menghadapi situasi bencana.


