Hari Pertama Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku Dan Tayangan Video Promosi Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
Sekitar hari pertama suasana reruai Kementerian/ Jabatan/ Agensi di Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 pada 5 Disember 2025 yang berlangsung di Pekarangan Dataran Putrajaya.
Jabatan Audit Negara (JAN) turut terlibat di reruai Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tayangan video promosi Sambutan 120 Tahun JAN, sebagai menyambut ulang tahun ke-120 penubuhan JAN tahun depan pada 2026.
Majlis Perasmian Sambutan 120 Tahun JAN akan diadakan pada 26 Januari 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
Nantikan!

