Lawatan Kerja Rasmi Ketua Audit Negara ke Wisma Tabung Haji Jeddah, Arab Saudi
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah membuat lawatan kerja ke Wisma Tabung Haji Jeddah, Arab Saudi pada 5 Disember 2025. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan Lembaga Tabung Haji (LTH) serta mengadakan perbincangan awal berhubung Operasi Haji musim 1447H/2026M.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pejabat Konsul Haji, Tuan Haji Radin Adi Hilmi, dan turut disertai oleh Tuan Haji Shamsul Bahar, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan LTH dan Puan Hajah Rozila Omar Ali, Ketua Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Haji.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Encik Anwar Abd Rahman, Konsul Canselori.




