faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Penyertaan Ketua Audit Negara Sebagai Tetamu Kehormat dalam Perhimpunan Agung Arab Organisation of Supreme Audit Institutions (ARABOSAI) ke-15

WhatsApp Image 2025 12 05 at 01.06.40 WhatsApp Image 2025 12 05 at 01.06.41 WhatsApp Image 2025 12 05 at 01.06.45 WhatsApp Image 2025 12 05 at 09.15.27 WhatsApp Image 2025 12 05 at 09.31.57

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah dijemput sebagai Tetamu Kehormat dalam Perhimpunan Agung Arab Organisation of Supreme Audit Institutions (ARABOSAI) ke-15 yang berlangsung dari 2 hingga 4 Disember 2025 di Jeddah, Arab Saudi.

Kehadiran Ketua Audit Negara mewakili SAI Malaysia mencerminkan pengiktirafan terhadap kepimpinan serta sumbangan Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus sektor awam di peringkat antarabangsa.

Sepanjang sidang tersebut, Ketua Audit Negara turut mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat daripada SAI Arab Saudi, SAI Bahrain, SAI Oman, SAI Qatar dan SAI Palestin serta tetamu lain seperti SAI Azerbaijan dan SAI Indonesia. Pertemuan ini membolehkan pertukaran pandangan mengenai amalan terbaik, memperkukuh hubungan profesional, serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengauditan sektor awam terutamanya dalam Audit IT, pendigitalan dan inovasi.

Kehadiran SAI Malaysia dalam Persidangan ini buat julung kalinya turut menekankan kepentingan inovasi digital dan integriti dalam pengauditan, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju dalam pengauditan berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa.

Turut hadir bersama TYT Dato' Syed Mohamad Bakri bin Syed Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi.

WhatsApp Image 2025 12 05 at 09.31.58 WhatsApp Image 2025 12 05 at 09.32.03 WhatsApp Image 2025 12 05 at 09.32.04 WhatsApp Image 2025 12 05 at 09.32.05 WhatsApp Image 2025 12 05 at 09.34.21

 

 

 

  • Dikemaskini pada: 04 Dec 2025
  • Cetak
  • 131

faqhubungimaklumbalaspeta