Majlis Perasmian Cyberjaya Conversations Summit 2025
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah diwakili oleh Encik Azunan Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) ke Majlis Perasmian Cyberjaya Conversations Summit 2025 yang berlangsung pada 3 Disember 2025 di Dewan Plenari, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Program anjuran Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) yang membawa tema “Achieving ASEAN Sustainable Competitiveness Beyond 2025”, selaras dengan usaha memperkukuh daya saing serantau melalui kerjasama strategik.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Majlis perasmian ini menjadi platform strategik bagi menghimpunkan pemimpin industri, pembuat dasar dan pakar teknologi untuk membincangkan hala tuju ekonomi digital, inovasi nasional serta ekosistem pintar Cyberjaya sebagai hab teknologi negara.
Turut hadir mewakili Jabatan Audit Negara ialah Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan.


