faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Putra Malaysia (UPM) Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 11 26 at 22.07.26 WhatsApp Image 2025 11 26 at 22.07.34 WhatsApp Image 2025 11 26 at 22.07.35 1 WhatsApp Image 2025 11 26 at 22.07.38 WhatsApp Image 2025 11 26 at 22.11.25 WhatsApp Image 2025 11 26 at 22.11.29

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 pada 26 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

UPM diketuai oleh YBhg. Dato' Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM.

Hadir bersama adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III.

Turut serta YBhg. Dato’ Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn. Bhd, Encik Shahrulnizam bin Md Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPM Holdings Sdn. Bhd., serta wakil-wakil dari Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

YBhg. Dato' Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Universiti Putra Malaysia bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor UPM.

Beliau turut menandatangani dan menyerahkan Surat Perakuan dan Pandangan Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada enam anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk UPM.

Syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada UPM Holdings Sdn. Bhd., UPM Education & Training Sdn. Bhd., UPM Innovations Sdn. Bhd., UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd, UPM International Sdn. Bhd. dan UPM Business Management Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.

 

  • Dikemaskini pada: 26 Nov 2025
  • Cetak
  • 63

faqhubungimaklumbalaspeta