faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 11 28 at 14.39.55 WhatsApp Image 2025 11 28 at 14.39.56 WhatsApp Image 2025 11 28 at 14.39.57 WhatsApp Image 2025 11 28 at 14.39.58 WhatsApp Image 2025 11 28 at 14.40.00 WhatsApp Image 2025 11 28 at 14.40.01

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 pada 28 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Delegasi MATRADE diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Mustafa bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif.

Hadir bersama adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III.

Turut serta hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Abu Bakar bin Yusof, Timbalan Ketua Eksekutif (Akselerasi Eksport), Encik Mansor Shah bin Wahid, Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan Pengeksport), Encik YM Raja Badrulnizam bin Raja Kamalzaman, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Rakan Kongsi Tetuan MNZWaja.

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MATRADE bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.

 

  • Dikemaskini pada: 28 Nov 2025
  • Cetak
  • 74

faqhubungimaklumbalaspeta