Penyerahan Sumbangan Tabung JAN Kepada Encik Wan Muhamad Afiq bin W. Mohd Suhaimi
![]() |
![]() |
Hari ini 25 November 2025, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada Encik Wan Muhamad Afiq bin W. Mohd Suhaimi, Penolong Juruaudit W5, SAP Bahagian 1, di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Sumbangan ini merangkumi sumbangan peribadi Ketua Audit Negara serta sumbangan Tabung JAN, sebagai tanda keprihatinan jabatan atas musibah kehilangan anak tersayang beliau yang berusia 19 hari akibat komplikasi Severe MISN dan Respiratory PPHN pada 19 November 2025.
Turut hadir menyaksikan sesi penyerahan ini ialah Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat MASJAN.
Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit kekuatan kepada Encik Afiq dan isteri dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Salam takziah.

