Kunjungan Hormat Transparency International Malaysia Kepada Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 24 November 2025, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia, telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Raymon Ram, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), bersama delegasi di Putrajaya.
Perbincangan menjurus kepada pelbagai usaha berterusan untuk memperkukuhkan integriti, akauntabiliti serta ketelusan tadbir urus awam.
Turut hadir ialah Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), bersama pegawai kanan Jabatan Audit Negara.




