faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 11 24 at 17.40.17 WhatsApp Image 2025 11 24 at 17.40.17 1 WhatsApp Image 2025 11 24 at 17.40.17 2 WhatsApp Image 2025 11 24 at 17.40.19

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada 3 anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) pada 24 November 2025 (Isnin) di Putrajaya.

Syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada MAIM Holdings Berhad, Kompleks Falak Al Khawarizmi Sdn. Bhd. dan MAIM Industries Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini bertujuan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.

Pihak MAIM telah diwakili oleh Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM, Encik Zohaimi bin Muhamad Sori, Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad; Puan Yuzrin Qistina Aiwa binti Yusman, Pengurus Syarikat Kompleks Falak Al Khawarizmi Sdn. Bhd. dan Encik Zuhri Iskandar bin A. Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III dan Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.

 

  • Dikemaskini pada: 24 Nov 2025
  • Cetak
  • 34

faqhubungimaklumbalaspeta