Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 24 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
MAIM diketuai oleh YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Hadir bersama adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III dan Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM.
YBhg. Dato' Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Setiausaha MAIM.





