Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara Bagi Bulan November 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan November 2025 telah diadakan pada 11 November 2025 bertempat di Akademi Audit Negara (AAN) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara, dan Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan JAN.
Majlis kali ini telah dianjurkan oleh AAN dengan kerjasama Sektor Pengurusan dan Unit Integriti JAN.
Seramai 1,224 orang warga JAN hadir dalam Majlis tersebut secara fizikal atau dalam talian.
Majlis diserikan dengan Sambutan 20 Tahun Akademi Audit Negara, serta sambutan Hari Integriti dan Hari Inovasi Peringkat JAN. Pada Majlis yang sama, Jurnal Pengauditan Sektor Awam (JPSA) Edisi kedua tahun 2025 telah diluncurkan.
Turut diluncurkan adalah sistem Audit Data Warehouse & Analytics di bawah Program Pendigitalan JAN dan Peluncuran Skuad Ihsan MADANI Zon Timur.
Sebagai simbolik peluncuran, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menerima Buku Khas Sempena Sambutan 20 Tahun AAN dan JPSA Edisi Ke-2 Tahun 2025 daripada Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah AAN.
Selain itu, Ketua Audit Negara turut menyampaikan vest dan kotak makanan kepada Pengarah Audit Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu sebagai simbolik peluncurun Skuad Ihsan MADANI Zon Pantai Timur. YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara turut mengaktifkan semula Tabung Ihsan MADANI JAN sebagai usaha membantu warga JAN yang ditimba musibah.
Sempena sambutan Hari Inovasi, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara turut menyampaikan Anugerah Inovasi bagi Kategori Fizikal Terbaik kepada Jabatan Audit Negara Negeri Melaka melalui idea penubuhan Skuad Ihsan MADANI dan Anugerah Inovasi bagi Kategori Bukan Fizikal kepada Jabatan Audit Negara Negeri Sabah menerusi Inovasi Sistem e-Tempah.
Majis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada 46 orang pegawai JAN yang diiktiraf sebagai Chartered Accountant oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA).Pemberian sijil penghargaan atas kelayakan profesional tersebut diharap dapat menggalakkan lebih ramai lagi warga JAN untuk memperoleh Sijil Kelayakan Profesional yang diiktiraf oleh Badan-Badan Profesional.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |











