Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) Bilangan 3 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) Bilangan 3 Tahun 2025 pada 11 November 2025 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Mesyuarat tersebut turut dipengerusikan secara bersama dengan YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Ahli Jawatankuasa yang hadir terdiri daripada wakil-wakil kanan Jabatan Peguam Negara (AGC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan wakil dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Mesyuarat JSLKAN merupakan pelaksanaan tindakan susulan di bawah Seksyen 9A Akta Audit 1957 [Akta 62].
Pelaksanaan mesyuarat ini juga mencerminkan fungsi pemantauan berterusan Ketua Audit Negara bagi memastikan setiap pihak yang diaudit melaksanakan tindakan pembetulan secara menyeluruh, berkesan serta berakauntabiliti terhadap syor dan pandangan Ketua Audit Negara, sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Ia adalah selaras dengan prinsip "good governance" dan amalan terbaik pengauditan sektor awam.





