faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Di Bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 11 10 at 16.45.14 WhatsApp Image 2025 11 10 at 16.45.14 1 WhatsApp Image 2025 11 10 at 16.45.15 1 WhatsApp Image 2025 11 10 at 16.45.17 WhatsApp Image 2025 11 10 at 16.45.18 1

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara (KAN) hari ini telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada lapan ( 8 ) syarikat subsidiari di bawah agensi induk, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terdiri daripada Mara Corporation Sdn. Bhd., Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn. Bhd., F.I.T. Center Sdn. Bhd., Giatmara Sdn. Bhd., British Malaysian Institute Sdn. Bhd., Malaysia France Institute Sdn. Bhd., Kayu Sedia Sdn. Bhd. dan Institut Infotech Mara Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.

Pihak MARA telah diwakili oleh YBhg. Dato' Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA, YBrs. Encik Yahaya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd., YM. Raja Muzafar bin Raja Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn. Bhd., Dr. Ismadi bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif F.I.T Center Sdn. Bhd., Ts. Ahmad Hamdi bin Hj. Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Sdn. Bhd., Ts. Dr. Zulkifli bin Mahmoodin, Ketua Pentadbir British Malaysian Institute Sdn. Bhd., Dr. Badli Shah bin Mohd Yusoff, Ketua Pentadbir Malaysia France Institute Sdn. Bhd. dan Puan Wan Hasmah binti Wan Mustapha, Timbalan Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari MARA yang mewakili Kayu Sedia Sdn. Bhd. dan Institut Infotech MARA Sdn. Bhd..

Turut hadir dalam sesi yang sama adalah YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Dikemaskini pada: 10 Nov 2025
  • Cetak
  • 29

faqhubungimaklumbalaspeta