Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 10 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW); YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA; Encik Che Rahim bin Daud, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi; Encik Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM), Kementerian Kewangan dan pegawai pegawai kanan daripada MARA.
Turut hadir, Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan Puan Nadhirah binti Haji Abdul Wahab, Pengarah Audit Kewangan JAN.
Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MARA bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pengarah MARA.





