Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 10 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai kanan DBKL.
Turut hadir, Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Dato’ Parang Abai @Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan serta Encik Mohd Hafizan bin Ashari, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan.
Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan DBKL bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.





