faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Integriti Nasional Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 11 05 at 23.41.25 WhatsApp Image 2025 11 05 at 23.41.25 1 WhatsApp Image 2025 11 05 at 23.41.30 WhatsApp Image 2025 11 05 at 23.41.30 1 WhatsApp Image 2025 11 05 at 23.41.31 WhatsApp Image 2025 11 05 at 23.41.31 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Bulan Integriti Nasional Tahun 2025 yang berlangsung pada 5 November 2025 di Ipoh, Perak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

‎‎Dalam titah baginda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyifatkan integriti tidak lahir secara spontan. Integriti dibentuk melalui pendidikan yang berterusan. Disemai di rumah, disuburkan di sekolah, diperkukuh oleh masyarakat dan diinspirasikan daripada kepimpinan yang boleh diteladani.

‎‎Titah ini amat bertepatan dengan peranan Jabatan Audit Negara sebagai institusi pengawasan yang berteraskan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Melalui pelaksanaan pengauditan yang bebas dan profesional, Jabatan Audit Negara beriltizam untuk memastikan pengurusan kewangan awam dilaksanakan secara berhemah, berakauntabiliti dan mematuhi undang-undang serta dasar yang ditetapkan.

‎‎Sambutan Hari Integriti Nasional pada 5 November setiap tahun merupakan platform penting dalam memperkukuh budaya integriti rakyat, seiring dengan aspirasi negara membina masyarakat yang beretika dan berakauntabiliti.

‎‎Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM).

 

  • Dikemaskini pada: 05 Nov 2025
  • Cetak
  • 15

faqhubungimaklumbalaspeta