faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 11 06 at 07.07.28 WhatsApp Image 2025 11 06 at 07.07.28 1 WhatsApp Image 2025 11 06 at 07.07.30 WhatsApp Image 2025 11 06 at 07.07.31 WhatsApp Image 2025 11 06 at 07.07.32 1 WhatsApp Image 2025 11 06 at 07.07.32 2

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 5 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Negeri Perak.

Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohamad Haris bin Kader Sultan, Ketua Pegawai Eksekutif NCIA dan pegawai pegawai kanan NCIA.

Turut hadir, Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) secara atas talian; Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan JAN; Dr Nor Azlina binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Memangku Pengarah Bahagian, Kementerian Kewangan serta Puan Nor Aisyah binti M Taifor, Ketua Penolong Pengarah (Pejabat Belanjawan Negara), Kementerian Ekonomi.

Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan NCIA bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif NCIA.

 

  • Dikemaskini pada: 05 Nov 2025
  • Cetak
  • 13

faqhubungimaklumbalaspeta