faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 11 03 at 05.49.43 WhatsApp Image 2025 11 03 at 05.49.44 WhatsApp Image 2025 11 03 at 05.49.45 WhatsApp Image 2025 11 03 at 05.49.46 1 WhatsApp Image 2025 11 03 at 05.49.46

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada tiga (3) anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd., Langsura Geopark Sdn. Bhd. dan International Eagle Resources Sdn. Bhd. pada 2 November 2025.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.

Pihak LADA telah diwakili oleh YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Ir. Abu Hashim bin Abd Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Sdn. Bhd., Encik Mohamad Zuhri bin Abdul Rashid, Pengurus Besar Langsura Geopark Sdn. Bhd. dan Puan Siti Harishah binti Awang Omar, Ahli Lembaga Pengarah International Eagle Resources Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan; dan Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Dikemaskini pada: 02 Nov 2025
  • Cetak
  • 49

faqhubungimaklumbalaspeta