faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Program Pemantapan Pengurusan Kenderaan Dan Pemanduan Defensif Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.01.48 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.01.49 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.01.54 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.01.59 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.01.59 1 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.02.03

 

Program Pemantapan Pengurusan Kenderaan dan Pemanduan Defensif Jabatan Audit Negara (JAN) telah diluncurkan oleh YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara di Akademi JPJ, Ayer Molek, Melaka.

Program yang julung kali dianjurkan untuk warga JAN ini bertujuan memperkukuh kecekapan pengurusan kenderaan jabatan serta memupuk amalan pemanduan defensif, berhemah dan berintegriti dalam kalangan pemandu dan penyelia JAN di seluruh negara.

Kursus anjuran Bahagian Kewangan dan Pengurusan (BKP) JAN ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada pemandu dan penyelia kenderaan dari Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur.

Turut hadir, YBrs. Dr. Azmi bin Awang, Pengarah Akademi JPJ; Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan; serta Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.

Dalam ucapan beliau, Ketua Audit Negara menekankan pentingnya pemanduan yang berhemah, selamat dan berdisiplin sebagai cerminan integriti serta imej jabatan di mata masyarakat. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pemandu membawa tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan diri, penumpang dan aset jabatan sentiasa terpelihara semasa bertugas.

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara turut menyaksikan sesi pemeriksaan kenderaan dan simulasi pemanduan defensif yang dikendalikan oleh para peserta. Beliau seterusnya mengadakan sesi dialog bersama para peserta bagi mendengar pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengurusan kenderaan jabatan, termasuk aspek penyelenggaraan, keselamatan dan kecekapan operasi di lapangan.

WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.02.03 1 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.02.03 2 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.02.04 1 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.02.03 2 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.02.05 2 WhatsApp Image 2025 11 02 at 00.02.06

 

  • Dikemaskini pada: 01 Nov 2025
  • Cetak
  • 44

faqhubungimaklumbalaspeta