faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 11 01 at 06.38.25

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada tiga (3) syarikat subsidiari di bawah KWAP iaitu Harta Integra Berkat Sdn. Bhd., Capsquare Tower Sdn. Bhd. dan KWEST Sdn. Bhd..

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.

KWAP diwakili oleh YBhg. Datuk Hajah Nik Amlizan binti Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP juga mewakili Harta Integra Berkat Sdn. Bhd., Puan Nadiah binti Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pelaburan Hartanah KWAP mewakili Capsquare Tower Sdn. Bhd. dan Encik Mohd Hizzan bin Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, KWEST Sdn. Bhd..

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Dikemaskini pada: 31 Oct 2025
  • Cetak
  • 41

faqhubungimaklumbalaspeta