faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Universiti Utara Malaysia (UUM) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 30 at 05.01.05 WhatsApp Image 2025 10 30 at 05.01.05 1 WhatsApp Image 2025 10 30 at 05.01.06 WhatsApp Image 2025 10 30 at 05.01.06 1 WhatsApp Image 2025 10 30 at 05.01.07

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada enam (6) syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang antaranya terdiri daripada UUM Holdings Sdn. Bhd., UUM Leads Sdn. Bhd., UUM Travel & Events Sdn. Bhd., UUM Property Sdn. Bhd., UUM Solution Sdn. Bhd. dan Uni Clean & Hygiene Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) sejak Februari 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.

Pihak UUM telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad bin Sakdan, Naib Canselor UUM, Tuan Azman Hisham bin Che Doi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UUM Holdings Sdn. Bhd., Prof. Madya Dr. Mohd Sobri bin Don @ A. Wahab, Pengurus Besar UUM Leads Sdn. Bhd., Puan Sharliza binti Sahidan, Pengurus Kanan Operasi UUM Travel & Events Sdn. Bhd., Encik Mohd Syahir bin Kasim, Pengurus UUM Solution Sdn. Bhd., Encik Ahmad Yani bin Kasin, Pengurus Besar UUM Property Sdn. Bhd. dan Puan Salwani binti Md Khir, Pengurus Uni Clean & Hygiene Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Dikemaskini pada: 29 Oct 2025
  • Cetak
  • 14

faqhubungimaklumbalaspeta