Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Negeri Perak Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025
|  |  |  |  |  | 
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) hari ini telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada tiga anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Negeri Perak (MAIPk), iaitu Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd., Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan Sdn. Bhd. dan IDC Jadi Sdn. Bhd..
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.
Pihak MAIPk telah diwakili oleh Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan Encik Azizan bin Jaafar, Ketua Pegawai Kewangan, Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Bahagian Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I dan Encik Md. Adnan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Audit Negeri Perak.