Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) hari ini telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada empat anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), iaitu Perak Industrial Resources Sdn. Bhd., Pengurusan Murni Sdn. Bhd., Nova Beta (M) Biomedical Sdn. Bhd. dan Cherry Blossom Sdn. Bhd.
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.
Pihak PKNPk telah diwakili oleh YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Ketua Eksekutif PKNPk dan Encik Abdul Rahim bin Bohari @ Bahari, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak Industrial Sdn. Bhd.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Bahagian Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I dan Encik Md. Adnan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Audit Negeri Perak.



