Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) hari ini telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada dua (2) anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), iaitu My Iskandar Sdn. Bhd. dan Prisma Harta Sdn. Bhd.
Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.
Pihak IRDA telah diwakili oleh YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Encik Idzuan Azam bin Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah My Iskandar Sdn. Bhd. dan Encik Mohd. Nadzir bin Che Omar, Pengurus Besar Prisma Harta Sdn. Bhd.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

