Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 28 Oktober 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Delegasi IRDA diketuai oleh YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Pegawai Eksekutif IRDA. Hadir bersama adalah YBrs. Dr. Nor Azlina Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Ekonomi.
Turut serta dalam mesyuarat ini adalah YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 1 JAN.
YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan IRDA bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada YB Ketua Pegawai Eksekutif IRDA.





