faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Persidangan Impak Sulung Yayasan Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia ("Yayasan MySDG") 2025

WhatsApp Image 2025 10 27 at 15.45.41 WhatsApp Image 2025 10 27 at 15.45.42 WhatsApp Image 2025 10 27 at 15.45.43 WhatsApp Image 2025 10 27 at 15.45.44 WhatsApp Image 2025 10 27 at 15.45.45

 

YBhg. Dato Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Persidangan Impak Sulung Yayasan Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia ("Yayasan MySDG") 2025 yang berlangsung hari ini, 27 Oktober 2025, di Kuala Lumpur.

Bertemakan “Pecutan Terakhir: Mempercepat Tindakan SDG Inklusif di Malaysia” (The Final Sprint: Accelerating Inclusive SDG Action in Malaysia), Persidangan ini telah diserikan dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, yang telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dan merasmikan pelancaran Persidangan.

Persidangan ini menghimpunkan pakar-pakar SDG dari dalam dan luar negara, pakar bidang khusus, dan wakil komuniti dalam satu dialog terbuka yang strategik.

Jabatan Audit Negara berperanan sebagai semak dan imbang dalam menilai sama ada aktiviti, program dan projek SDG Kerajaan dilaksana sejajar dengan hasrat Pelan Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi memastikan semua lapisan masyarakat tempatan menerima manfaat melalui usaha SDG serta tidak terpinggir.

 

  • Dikemaskini pada: 27 Oct 2025
  • Cetak
  • 17

faqhubungimaklumbalaspeta