faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Kawal Selia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 24 at 19.09.17 WhatsApp Image 2025 10 24 at 19.09.17 1 WhatsApp Image 2025 10 24 at 19.09.17 2 WhatsApp Image 2025 10 24 at 19.09.18 WhatsApp Image 2025 10 24 at 19.09.19 WhatsApp Image 2025 10 24 at 19.09.20

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) hari ini telah bersetuju menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada enam (6) anak syarikat di bawah kawal selia agensi induk, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ini terdiri daripada UKM Holdings Sdn. Bhd. (UKMH), UKM Technology Sdn. Bhd. (UKMTECH), UKM Pakarunding Sdn. Bhd., UNIPEQ Sdn. Bhd., Gas Sensor Sdn. Bhd. dan Icon Pharma Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini adalah berperanan untuk mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan di seluruh Malaysia.

Pihak UKM telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Sufian bin Jusoh, Naib Canselor UKM, Encik Mohd Rizal bin Zubair, Ketua Pegawai Eksekutif UKMH, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal bin Wan Kamal Mujani, Ketua Pegawai Eksekutif UKMTECH, Ts. Yuriny bin Adnan, Pengurus Besar UKM Pakarunding Sdn. Bhd. dan Encik Mohd Faizal bin Sa’aidin, Pengurus Besar UNIPEQ Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Dikemaskini pada: 24 Oct 2025
  • Cetak
  • 43

faqhubungimaklumbalaspeta