faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 24 at 15.21.19 WhatsApp Image 2025 10 24 at 15.21.20 WhatsApp Image 2025 10 24 at 15.21.20 1 WhatsApp Image 2025 10 24 at 15.21.21

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat melalui Sistem e‑SelfAudit bagi Tahun 2025 pada 24 Oktober 2025 bertempat di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor kepada 4 syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan subsidiari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Empat syarikat tersebut adalah Invest Selangor Berhad, UNISEL Sdn. Bhd., Media Selangor Sdn. Bhd. dan Yayasan Hijrah Selangor.

Sesi penyerahan ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; dan YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor.

Syarikat-syarikat subsidiari tersebut telah diwakili oleh pegawai kanan masing-masing.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I; Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Syarikat Kerajaan I; dan Dr. Nor Haiza binti Abd. Aziz, Pengarah Audit Negeri Selangor.

Pelaksanaan sistem e‑SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara pada awal tahun 2025 ini berperanan memperkukuh budaya audit dalam pengurusan kewangan syarikat-syarikat Kerajaan, sekali gus meningkatkan tahap ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan tadbir urus. Ini termasuk 51 syarikat Negeri Selangor daripada 1,856 syarikat yang telah diwartakan.

 

  • Dikemaskini pada: 24 Oct 2025
  • Cetak
  • 32

faqhubungimaklumbalaspeta