Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) Bersama Kerajaan Negeri Selangor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan sesi libat urus pada 24 Oktober 2025 berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun 2021 hingga 2024 Negeri Selangor yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD).
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Sesi libat urus ini adalah antara inisiatif strategik Ketua Audit Negara bagi melaksanakan kuasa baharu yang telah diperuntukkan, susulan pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62]
Turut hadir ke sesi ini adalah YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Dato' Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan YBrs. En Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).





