faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Rancangan Audit Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Zon Tengah

561657294 1261234682715242 6413515650279558521 n 566256951 1261234709381906 687540111099870558 n 569954584 1261234679381909 8096930859461075823 n 571311665 1261234686048575 3496295455728044921 n

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Rancangan Audit peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Zon Tengah Fasa 1 yang melibatkan JAN Selangor dan JAN Negeri Sembilan pada 23 Oktober 2025 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara.

‎Dalam sesi mesyuarat ini, YBhg. Dato’ Seri KAN telah memberikan komen, cadangan dan pandangan mengenai hala tuju pengauditan dan pelaporan untuk pelaksanaan pengauditan dan pelaporan bagi tahun 2026 dan tahun 2027, seiring dengan perluasan kuasa Ketua Audit Negara serta peranan Jabatan Audit Negara setelah pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] pada tahun 2024.

‎‎Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Norliza Md Nuruddin@ Nordin, Pengarah Audit Kewangan I, Encik Mohd Shahril bin Yahya , Pengarah Audit Prestasi I, serta Pengarah Audit Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

 

  • Dikemaskini pada: 23 Oct 2025
  • Cetak
  • 65

faqhubungimaklumbalaspeta