Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat melalui Sistem e‑SelfAudit bagi Tahun 2025 pada 23 Oktober 2025 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara kepada 11 syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan subsidiari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Sebelas syarikat tersebut adalah Worldwide Holdings Berhad, PECB Properties Berhad, PI Brilliant Berhad, Datumcorp International Sdn. Bhd., Selgate Corporation Sdn. Bhd., Akademi PKNS Sdn. Bhd., De Palma Management Services Sdn. Bhd., PKNS Real Estate Sdn. Bhd., Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., Selaman Sdn. Bhd. dan Kelana Property Development Sdn. Bhd.
Sesi penyerahan ini telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS selaku badan induk kepada kesemua syarikat tersebut.
Syarikat-syarikat subsidiari tersebut telah diwakili oleh pegawai kanan masing-masing.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I; Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Syarikat Kerajaan I; dan Dr. Nor Haiza binti Abd. Aziz, Pengarah Audit Negeri Selangor.
Pelaksanaan sistem e‑SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara pada awal tahun 2025 ini berperanan memperkukuh budaya audit dalam pengurusan kewangan syarikat-syarikat Kerajaan, sekali gus meningkatkan tahap ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan tadbir urus. Ini termasuk 51 syarikat Negeri Selangor daripada 1,856 syarikat yang diaudit seluruh Negara.


