Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 23 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS; YBrs. Tuan Haji Suhaimi bin Haji Kasdon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Korporat) PKNS; YBrs. Tuan Ir. Haji Md. Kamarzan bin Md. Rais, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Usaha Sama Strategik) PKNS; dan YBrs. Dr. Azlina binti Haji Jaapar, Ketua Pegawai Kewangan PKNS.
Turut hadir adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I; Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Syarikat Kerajaan I; dan Dr. Nor Haiza binti Abd. Aziz, Pengarah Audit Negeri Selangor.





