Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 21 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK; YBhg. Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Haji Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; YBrs. Encik Abdul Majid bin Salleh, Bendahari Negeri Kedah dan pegawai-pegawai LZNK.
Turut hadir adalah YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Mohd Fisul Ismail, Pengarah Audit Kewangan III JAN; Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan IV JAN dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.
Seterusnya, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan LZNK bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK sebaik berakhir mesyuarat.




