faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 10 17 at 21.19.00 WhatsApp Image 2025 10 17 at 21.19.02 WhatsApp Image 2025 10 17 at 21.19.25 WhatsApp Image 2025 10 17 at 21.20.06 1 WhatsApp Image 2025 10 17 at 21.20.06 2 WhatsApp Image 2025 10 17 at 21.20.07

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 17 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP; YBrs. Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan; YBhg. Lt. Kol. (K) Datuk Hj. Anwari Bin Suri, Ahli MAIWP dan YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Turut hadir adalah YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Mohd Fisul Ismail, Pengarah Audit Kewangan III JAN.

Seterusnya, YBhg Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIWP bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada YBhg. Pengerusi MAIWP sebaik berakhir mesyuarat.

 

  • Dikemaskini pada: 17 Oct 2025
  • Cetak
  • 217

faqhubungimaklumbalaspeta