Mesyuarat Rancangan Audit Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Zon Borneo
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Rancangan Audit peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Zon Borneo pada 16 Oktober 2025 di Pejabat Jabatan Audit Negara Negeri Sabah.
Dalam sesi mesyuarat ini, YBhg. Dato’ Seri KAN telah memberikan komen, cadangan dan pandangan mengenai hala tuju pengauditan dan pelaporan untuk pelaksanaan pengauditan dan pelaporan bagi tahun 2026 dan tahun 2027, seiring dengan perluasan kuasa Ketua Audit Negara serta peranan Jabatan Audit Negara setelah pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] pada tahun 2024.
Mesyuarat ini turut di hadiri oleh YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin@ Nordin, Pengarah Audit Kewangan I, Pengarah Audit Negeri Sabah dan Sarawak serta pegawai-pegawai kanan JAN.
Turut hadir secara dalam talian ialah YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan pegawai-pegawai Ibu Pejabat dan JAN Negeri.





