faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Town Hall Bersama Warga Jabatan Audit Negara Negeri Sabah Dan Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sabah

WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.00 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.02 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.03 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.05 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.06

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN), telah mengadakan Sesi Town Hall bersama warga Jabatan Audit Negara Negeri Sabah pada 15 Oktober 2025, bertempat di Wisma Audit Negeri Sabah.

Dalam sesi yang berlangsung secara interaktif dan terbuka itu, YBhg. Dato’ Seri KAN telah berkongsi aspirasi dan hala tuju Jabatan Audit Negara, di samping mendengar pandangan serta cadangan daripada warga kerja JAN Sabah. Beliau turut menekankan kepentingan komunikasi dua hala, integriti, dan semangat berpasukan dalam memperkukuh sistem penyampaian audit yang berkesan dan berwibawa. Beliau turut menggalakkan warga JAN untuk mengambil peluang menimba ilmu dalam profesion juruaudit ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Seri KAN menekankan bahawa profesion juruaudit menuntut tahap fokus, ketelitian dan kecekapan yang tinggi, selain berdepan dengan tugasan yang semakin kompleks dan mencabar. Sehubungan itu, beliau menyeru agar budaya hidup sihat dan aktif sentiasa diamalkan sebagai langkah penting dalam mengekalkan keseimbangan fizikal dan mental ketika melaksanakan tanggungjawab harian.

Sesi Town Hall tersebut disusuli dengan penyampaian Sijil Anugerah Penarafan Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan PTJ Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024 kepada Jabatan Audit Negara Negeri Sabah (JAN) Cawangan Keningau dan penyampaian Anugerah Chartered Accountant (Malaysian Institute of Accountants) kepada Encik Rajimin bin Mohd Yaakob.

Seterusnya gimik Program Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sabah bersama 92 orang warga JAN Sabah telah dirasmikan dengan pukulan gong dalam suasana yang meriah sekali.

Antara aktiviti menarik dalam program tersebut adalah sesi senamrobik dan mini audit challenge.

Turut hadir YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan I; dan Encik Zakri bin Mamat, Pengarah Audit Negeri Sabah.

WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.06 1 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.07 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.07 1 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.07 2 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.09 WhatsApp Image 2025 10 17 at 07.19.15

 

 

  • Dikemaskini pada: 15 Oct 2025
  • Cetak
  • 183

faqhubungimaklumbalaspeta