faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 16 at 05.35.59 WhatsApp Image 2025 10 16 at 05.35.59 2 WhatsApp Image 2025 10 16 at 05.36.00 WhatsApp Image 2025 10 16 at 05.36.00 1 WhatsApp Image 2025 10 16 at 05.36.01 2 WhatsApp Image 2025 10 16 at 05.36.02

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 15 Oktober 2025 di Jabatan Audit Negara Negeri Sabah kepada 13 syarikat subsidiari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).

Ke-13 syarikat SEDCO tersebut adalah Syarikat IIB Insurance Brokers Sdn. Bhd., Kesabah Holdings Sdn. Bhd., Kinabalu International Hotel Sdn. Bhd., Lahad Datu Flour Mill Sdn. Bhd., Nippon Paint (Sabah) Sdn. Bhd., Perkasa Hotel Holdings Sdn. Bhd., Perkasa Realty Sdn. Bhd., Perkasa Trading Sdn. Bhd., Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd., SEDCO Communications Sdn. Bhd., SEDCO Mining Sdn. Bhd., SEDCO Precast Sdn. Bhd. dan Sedcovest Holdings Sdn. Bhd.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh YBhg. Datuk AR. James Wong Kein Peng, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO.

Syarikat SEDCO yang berkaitan diwakili oleh pihak pengurusan masing-masing termasuk Tuan Haji Tuah bin Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif, IIB Insurance Brokers Sdn. Bhd., Kesabah Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Tuan Hj Azrul bin Hj Ahmad, Setiausaha Syarikat; Kinabalu International Hotel Sdn. Bhd. diwakili oleh Datin Sarinah binti Kamarudin, Setiausaha Syarikat; Lahad Datu Flour Mill Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Foo Jen Wei, Pengurus Besar; Nippon Paint (Sabah) Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Daniel Yong Yee Vui, Pengurus Besar; Perkasa Hotel Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Puan Valeria Vyner Pilin, Pengurus Besar; Perkasa Realty Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Mat Saidi bin Minting, Pengurus Besar; Perkasa Trading Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Zainuddin bin Sulaiman, Pengurus Besar; Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Datuk Afizal bin Aldin, Ketua Pegawai Eksekutif; SEDCO Communications Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Azmih bin Junaidi, Ketua Pegawai Operasi; SEDCO Mining Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Shamsul Bahri bin Johari, Ketua Pegawai Eksekutif; SEDCO Precast Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Shiu Vay Leung, Pengurus Besar dan Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Abdul Rahim Md Zain, Pengurus Besar.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I; Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Audit Syarikat I dan Encik Zakri bin Mamat, Pengarah Audit Negeri Sabah.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia termasuk 127 syarikat dari Sabah.

 

  • Dikemaskini pada: 15 Oct 2025
  • Cetak
  • 29

faqhubungimaklumbalaspeta