Sesi Bicara Eksekutif: Menjulang Integriti, Memperkasa Audit Sektor Awam
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Bicara Eksekutif bertajuk "Menjulang Integriti, Memperkasa Audit Sektor Awam" telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Oktober 2025 bertempat di Wisma Audit Negeri Kelantan. Sesi ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Mantan Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), dan dikendalikan oleh YBrs. Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, yang memberikan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh integriti dan kecekapan dalam sektor audit awam.
Dalam sesi yang penuh wacana ini, YBhg. Datuk Hajah Patimah telah berkongsi pelbagai pengalaman berharga beliau sepanjang 34 tahun pengalaman kerja di JAN serta pandangan beliau berkenaan peranan audit dalam memperkasakan tadbir urus sektor awam. Beliau turut menekankan kepentingan integriti, ketelusan, dan profesionalisme sebagai teras kepada keberkesanan sistem audit negara.
Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah barisan Pegawai Kanan dari Jabatan Audit Negara (JAN) Ibu Pejabat, Pengarah-Pengarah Audit Negeri Zon Timur, serta pegawai-pegawai dari JAN Kelantan, Terengganu dan Pahang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









