faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.32.56 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.32.56 1 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.32.57 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.32.57 1 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.32.59 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.33.01

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 14 Oktober 2025 di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. Puan Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KESEDAR; Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR; YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan YBhg. Datin Rosni binti Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan.

Turut hadir adalah pegawai kanan JAN, YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) - secara atas talian; YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan JAN dan Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan.

 

  • Dikemaskini pada: 14 Oct 2025
  • Cetak
  • 16

faqhubungimaklumbalaspeta