faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Timur

WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.31 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.33 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.34 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.38 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.40

 

Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Timur telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 14 Oktober 2025 di Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 87 orang peserta daripada 29 PBT dan 3 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghadiri program kali ini. Ini merupakan siri keempat kursus ini dianjurkan oleh JAN sejak diperkenalkan pada tahun 2024.

Kursus selama tiga hari yang berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober 2025 ini menekankan kepentingan prinsip tatakelola, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan PBT.

Dalam amanat beliau, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya menyatakan harapan beliau agar kursus ini dapat menyediakan ilmu dan pengetahuan yang praktikal kepada pegawai PBT khususnya dalam meningkatkan ketelusan laporan kewangan, akauntabiliti dan pengagihan sumber kewangan. YBhg. Dato' Seri juga mengingatkan semua PBT untuk mencari jalan penyelesaian yang kondusif dan terbaik bagi menyelesaikan isu Audit yang dibangkitkan sekaligus meningkatkan pematuhan dan prestasi kewangan ke arah pemantapan pengurusan kewangan dan tatakelola yang baik.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); YB Dato' Nara Setia Dato' Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; YB Dato' Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu; YB Dato’ Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Pahang; YBhg. Dato’ Haji Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan; YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Sektor Audit Kewangan; dan YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.

WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.40 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.42 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.44 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.45 WhatsApp Image 2025 10 15 at 07.26.47

 

  • Dikemaskini pada: 14 Oct 2025
  • Cetak
  • 28

faqhubungimaklumbalaspeta