Program Fun Run & Brisk Walk Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) telah menganjurkan Program Fun Run & Brisk Walk Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2025 pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Pesisir Tasik Prominand, Presint 1, Putrajaya.
Program tersebut telah diluncurkan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Hadir bersama dalam program tersebut adalah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Azunan Daud, Yang Dipertua Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dan pengurusan tertinggi JAN.
Pelbagai pengisian menarik telah disediakan seperti senamrobik, fun run, brisk walk dan cabutan bertuah. Seramai 250 peserta terdiri daripada warga JAN dan ahli keluarga telah mengambil peluang beriadah bersama.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |