Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Di Bawah Majlis Islam Sarawak Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 10 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara kepada Syarikat Bela Sempurna Sdn. Bhd., iaitu satu-satunya anak syarikat milik Majlis Islam Sarawak (MIS).
Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua MIS; Sahibus Samahah YBhg. Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak dan YBhg. Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Manakala syarikat Bela Sempurna Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Encik Nazri bin Madon, Pengurus Besar syarikat tersebut.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara Syarikat, YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I, Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I dan YBrs. Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara bermula awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri, termasuk 182 syarikat Kerajaan Negeri Sarawak.