Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Islam Sarawak (MIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 10 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua MIS; Sahibus Samahah YBhg. Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak; YBrs. Tuan Haji Mual bin Suaud, Setiausaha MIS; YBhg. Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan YBrs. Sr. Rozlan bin Putit, Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.
Turut hadir adalah pegawai kanan JAN, YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I; Encik Mohd Fisul Ismail, Pengarah Audit Kewangan III dan Encik Saiful Anuar Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak.
Seterusnya, YBhg Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MIS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Yang Dipertua MIS sebaik berakhir mesyuarat.