Lawatan Kontrektual Dan Perkongsian Ilmu Pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng ke Jabatan Audit Negara Negeri Perak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seramai 39 pelajar dan empat pensyarah daripada Kolej Matrikulasi Gopeng Perak telah mengadakan lawatan kontrektual dan perkongsian ilmu ke Jabatan Audit Negeri Perak pada 10 Oktober 2025.
Kolej Matrikulasi diketuai oleh Puan Intan Haslina Binti Kamarzaman.
Objektif lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan aplikasi prinsip perakaunan dan audit dalam amalan sebenar di Jabatan Audit Negara. Selain itu, membina kesedaran pelajar tentang kepentingan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan.
Kehadiran pelajar dan tenaga pengajar disambut oleh Encik Md Adnan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Audit Negeri Perak.
Pelajar telah diberi taklimat mengenai fungsi Jabatan Audit Negara selain perkongsian ilmu mengenai pengalaman dan cabaran sebagai seorang Juruaudit oleh tiga pegawai JAN Negeri Perak iaitu Puan Nor Adillah binti Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah Audit iaitu Cik Hasnoor Azliani binti Ahmad Shukri dan Encik Ameruddin bin Azizan.
Sesi soal jawab bersama pelajar turut diadakan dan pelajar serta pensyarah juga dibawa melawat sekitar bangunan JAN Perak seperti galeri dan perpustakaan.
Kredit Foto: Jabatan Audit Negara, Negeri Perak